Total Pageviews
Talam Dua Muka
Entah kenapa peribahasa ni menjadi favourite dimulut & dihujung jari aku sejak awal tahun ni lagi . Bila aku sebut tentangnya , ada pula yg mengatakan aku sedang bercakap dihadapan cermin . Mungkin juga . Sebab bagi aku sesetengah situasi memerlukan kita bertindak sedemikian .
Ada yg memperkatakan tentang sikap yg aku miliki kebelakangan ini . Mereka berpendapat bahawa aku adalah seorang BACKSTABBER . Mungkin itu disebabkan oleh kisah yg berlaku baru-baru ini antara aku & seorang sahabat . Aku memang seorang yg cekap dlm mencari kesalahan atau kesilapan orang lain . Tapi bila bercakap tentang diri sendiri , mungkin aku perlukan sedikit masa utk flashback segala tindakan yg aku lakukan .
Setelah beberapa ketika aku merenung kelemahan diri , aku berfikir , ye memang aku yg menyampaikan segala cerita yg dikatakan tiada kesahihannya itu tapi siapa yg aku 'backstab' ? Apa yg aku 'backstab' kau M ? Kalau si sahabat , mungkin ye kerana aku memusnahkan kepercayaannya pada aku .
Ingin aku jelaskan disini sekali lagi , aku bercerita berdasarkan apa yg ada didepan mata , atau berdasarkan sesuatu yg singgah ke telinga aku drpd mulut orang lain . Mungkin betul disitu silap aku apabila aku tidak berterus-terang kepada si sahabat , sebaliknya melepaskan segala tekanan dgn menceritakannya kepada seseorang yg baru aku kenal & percaya tanpa memikirkan risikonya . Sejujurnya , aku kesal bertindak demikian . Tujuan aku bercerita hanya utk melepaskan kesesakan didada , namun seperti yg biasa terjadi dlm masyarakat hari ini ; harapkan pagar , pagar makan padi . Sesuai ke peribahasa tu ? Entah aku pun tak tahu .
Aku dikatakan menyebarkan keburukkan si sahabat keseluruh sekolah . Setahu aku , aku bercerita hanya kepada M & H yg aku katakan baru aku kenal , serta dua orang junior E & H , itupun kerana katanya mereka ingin membantu . M tahu semua yg aku katakan pada mereka . Macamana ia tersebar keseluruh sekolah ? Itu aku tak tahu . Korang nak tuduh aku mereka cerita ? Silakan . Itu hak kalian :)
Seingat aku , sepanjang tempoh itu , aku & sahabat tidak bertegur walaupun tinggal serumah . Tidak pula aku berpura-pura seolah-olah tiada apa yg berlaku . Itu memang diri aku . Aku akan diam & takkan menegur orang yg sedang bermasalah dgn aku , apatah lagi aku ada bercerita tentangnya pada orang lain . Walau aku cuba sedaya upaya utk menutup semuanya , air muka aku tetap akan menceritakan yg sebenarnya . Yg aku kesalkan disini , M , orang yg tersangat rapat ketika aku dilanda masalah dgn sahabatku , dalam masa yg sama dia semakin rapat dgn sahabatku itu . Aku tak pernah melarang . Malah walau apa pun yg aku ceritakan , tidak pernah sekali pun aku menghalang mereka bersahabat . Aku tahu itu bukan hak aku . Namun masih aku dituduh menjadi penghalang antara mereka . Haihh salah aku lagi ? Hmm .
Si sahabat & kawan baiknya berkali-kali mengingatkan aku tentang M dari awal aku mula rapat dgnnya lagi , katanya , "hati-hati berkawan dgn M , kerana kawan baiknya itu pernah melalui pengalaman dimana kawan baiknya dulu dirampas oleh M atas sebab..." hmm . M ada bertanyakan aku tentang ini , "ada tak dia cakap apa-apa pasal aku ?" . Seperti biasa jawapan aku , "tak ada" . Bukan niat utk menipu tapi aku rasa lebih baik aku simpan drpd menjadi punca pertelingkahan . Tapi apabila semuanya dirungkai , AKU yg dipersalahkan . Aku terima .
To M :
Apa motif kau menggelar aku BACKSTABBER ? Sedangkan kau ? Tahniah kawan ! Hanya dgn satu malam kau mampu merubah segalanya . Aku bela kau depan sahabat aku sendiri . Masa tu aku tahu dihatinya ada terdetik bahawa KAU adalah punca masalah ketika itu , walaupun tidak dinyatakan dgn kata-kata , tapi aku faham & tetap bela kau . Dan sekarang BACKSTABBER adalah gelaran kau utk aku ? THANKYOUSOMUCH .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment