Total Pageviews

Hidup = Mati

Aku hidup lagi ? Wow ! Hebat ! Bukan ke patutnya aku dah lama mati ? Ya ! Hati aku dah pun mati . Aku tak rasa hati aku patut hidup pun kalau hari-hari dia kena tanggung sakit . So biarkan aje dia terus mati .

AKU TAK NAK ADA KAWAN !
Haa ini statement rasmi yg datang dari hati dan dilafazkan dgn mulut aku sendiri baru baru ini . Memang aku maksudkannya . Sebelum ni pun aku bukannya ada kawan . Cuma beberapa tahun kebelakangan ni la baru nak ada . Tapi yela dah orang tak biasa berkawan kan . Mana la reti nak jaga hubungan persahabatan tu . Even dia dah maafkan pun , aku tak rasa semua akan jadi macam dulu . Kau mungkin tak rasa & kau boleh kata ini DENDAM . Aku dah cuba & aku rasa aku rela sendiri daripada mengulangi kesilapan dulu . Orang luar jarang boleh terima diri sebenar kita & yg sentiasa sedia terima diri kita seadanya hanya FAMILY . Walaupun mulut kata 'maaf' tapi hati siapa yg tahu . Darah daging sendiri pun adakalanya susah nak kenal hati budi masing-masing .


Orang kata kawan boleh dicari , tapi pada aku , aku dah tak nak cari lagi . Biar aku dgn hidup dgn dunia aku sendiri . Sakit pun aku sendiri yg tanggung . And utk kau , thanks sebab sudi jaga aku . Cukup la kau bersusah payah utk aku selama ni . Kau dah cuba yg terbaik . Aku je tak mampu bagi yg terbaik utk kau . Aku tak benci . Aku nak jaga hati aku & hati kau juga . Lebih baik aku jauh dari kau . Jauh dari segala segi . Aku perlu ruang utk diri & hidup aku sendiri . Kau pun dah ramai yg boleh bahagiakan kau sekarang . Aku tak kisah . Dan aku takkan cuba dekat dgn kawan atau kawan baik kau lagi . Jangan pandang kata-kata aku ni sebagai dendam aku terhadap kau . Be positive . Ye aku tau aku dah takde kau sekarang . Thanks utk kenyataan itu ! Itu yg terbaik utk kau . Aku tak nak jadi masalah utk kau lagi . Kau jaga apa yg kau ada & aku tau jaga hak & apa yg aku ada sekarang . 

FAMILY !

Ini segalanya bagi aku sekarang . Mummy and Abah , ILOVEYOUTHEMOST . Sorry for what I've done to both of you before . But now I realized that what I've been thought and done before was wrong and I'll try my best not to break your heart again ! Please forgive me , and I know you will . Aku akan isi segala ruang kosong yg ada dalam hati ini dgn mereka & yg Maha Esa supaya hati ini sentiasa terisi dgn sempurna :)


p/s : Don't cross the line ! Cukup apa yg ada & yg dah diberi . Dalam hidup ni bukan semua perkara perlu dilafazkan . Maka , sedar diri , sedar ruang  & sedarlah bukan semua yg kita lakukan disukai oleh semua orang . Sebelum orang lain bersuara , sedarlah anda . *pesanan utk diri sendiri :)


S itu Sengsara , L itu Loser !

Pelik ? Kenapa aku kata S itu Sengsara ? 
Sebab tiap kali aku cuba letakkan sepenuh kepercayaan pada seseorang, 
pasti tak lama lepas tu aku akan dapat tau yg kepercayaan aku dipersiakan . 
Sedih ? Sudah tentu . Tapi kecewa itu yg pasti akan selalu tersisa dihati . 
Dendam ? Mungkin..tapi untuk apa ? 
Keadaan akan tetap sama walaupun aku berdendam . 


Kenapa pula dikatakan L itu Loser ?
Sebab itu yg H kata . Dan aku terima itu .
Ego dlm diri cuba menolak kenyataan itu , namun itulah hakikat sebenar yg perlu diterima. 
Aku bukan yg terbaik untuk dia. 
Yg aku harapkan agar dia & kawan baiknya bahagia :)
Loser macam aku tak patut berkawan dgn kalian , maka aku katakan 'Just Ignore Me, TQ.'
Aku cuma nak kau tau tujuan aku bercerita pada kawan baik kau bukan untuk merosakkan hubungan korang , justeru kerana aku tau dia lebih mengenali kau lah aku ceritakan padanya. Mungkin sebab aku rasakan payahnya untuk luahkan sendiri pada kau , 
tapi tak pula aku minta dia menyampaikan apa-apa pada kau . 
Sebab aku tau itu pasti melukakan .
Aku juga yg mengizinkan dia menyampaikan segalanya pada kau dan ya aku ada disitu .
Ada hikmahnya kenapa aku berada disitu ketika itu,
rupanya lain yg aku harapkan lain yg jadi .
Dia yg aku lantik sebagai penilai terbaik 
kerana dia lebih mengenali kau berbanding aku telah menghancurkan segalanya . 
Katanya , dia buat demikian kerana dia tau siapa kau 
dan kau lebih suka berterus terang . 
Kenapa tidak dia katakan pada aku ? 
Sebaliknya,mengkhianati kepercayaan aku terhadap dia . 
Aku tak rasa aku akan percayakan kau lagi 'kawan baik H' . 
Terpulang apa yg kalian fikirkan . Yg pasti itu kata hati aku . 
Mungkin dia cemerlang dalam memberikan yg terbaik untuk sahabatnya , 
namun tidak sama sekali bagi aku . 
Sekali lagi TAHNIAH  atas usaha kau !

Ini untuk korang :)

Maafkan aku .
Aku sedar salah & silap aku .
Aku takkan ganggu kalian lagi .
Once again,
JUST IGNORE ME !

p/s : segala kesulitan yg aku timbulkan amat dikesali . TQ .

Mengejar Mimpi...

Bulan yg ditunggu-tunggu dah pun tiba . Nak dekat 2 minggu dah pun . Cepat betul masa berlalu . Exam sedang berjalan . Alhamdulillah setakat ini segalanya masih berjalan lancar walaupun hati ni tak tenang utk study betul-betul . Hmm aku redha jela dgn result yg bakal diberitahu nanti . Haihh susah ni . Mcmana nak mintak handphone baru ni ? Heee XD


Tengah gilakan si dia yg kat ats ni  XD

Hmm apa la kesudahannya kisah hidupku di bulan Mei ini ye ?
Bulan yg sepatutnya penuh dgn gelak tawa , namun yg berlaku adalah sebaliknya .

Esok , hari yg paling penting dalam sejarah hidup manusia bernama S ni akan datang lagi . Excited ? Itu lah yg sepatutnya aku rasakan sekarang tapi entah kenapa macam takde makna je semua tu . Kemana hilangnya A ? Hmm . Ada ke orang yg ingat pun hari istimewa aku tu ? Jangan berharap sangat lah . Kau nak kecewa lagi ye S ? Itu je pun yg kau rasa tiap tahun . Jadi takde masalah utk kau hadapinya sekali lagi kan ? 

Pelik pun ada . Tiba-tiba langsung takde respon dari dia . Salah aku ke ? Apa je yg aku buat pun ? Yg jelas , dia memang ignore aku 100% . Sumpah sakit hati ni . Tapi takpe la . Bukan ada hak nak paksa pun .


To those who have been by my side these passed few days , TQ so much for being there . ilysm :)