Hari ini, aku tenang. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Walaupun aku tahu dia berada disini (cuti CNY) sejak beberapa hari yang lalu dan tiada sebarang petunjuk bahawa kami akan bertemu sebelum habis cuti tu, namun aku tetap tenang. Malam itu, aku balik agak lewat (lebih kurang pukul 12.30 malam). Kenapa ? Ada la hal sikit. Sampai je terus on laptop and sign in to FB. OMG ! Dia online ! Kami chat seperti biasa sampai lah dia tanya 'Esok free ?'. (Tersentak kejap sebelum menjawab..hehe..unexpected ques lahh !) Aku jawab 'Free kot. Kenapa ye ?'. Sebenarnya tak lah free sangat sebab dah memang ada plan lain. But last minute plan tu cancelled maknanya free la juga. Hehe. Dia ajak keluar esoknya tapi katanya tempat tak confirm and dia suruh aku yang decide. Pening juga lah memikirkan. Haa lagi satu yang geramnya..dia yang ajak..but dia kata tak sure lagi jadi ke tak. Ada ke patut ? Ishh sabar jela. Sebab dah penat sangat, aku tak larat lah nak fikir mana nak pergi so aku tidur dulu. Hee ;P
3 Feb 2011
Aku bangun awal juga sebenarnya hari ni. Tapi rasa macam tak ada benda nak buat so lepas mandi semua relax jela tengok movie. Hehe. Lebih kurang pukul 12 tengahari ada bunyi 'new text message' and finally dia confirmkan jadi jumpa hari tu. Dia kata jumpa kat **. So aku pun drive la ke sana. Sampai sana dalam pukul 2 kot (dia dah sampai dulu..) Dia cakap cinema full then kami decide untuk ke G***** L***. Entah kenapa daripada semalam lagi dia mention nama tempat ni. Last time kami jumpa pun kat sini. Sampai je situ..fuhh ! Ramainya manusia ! Yela kan hari cuti.
Kami masuk & sememangnya sesak kat jeti tu. Jadi kami terpaksa lepak kat tempat yang ada ikan banyak-banyak tu dulu. Kami naik bot yang ke-3 kot. Sampai je ke seberang, kami jalan ke arah yang berlawanan dengan arah yang kami lalui semasa kali pertama dulu ke situ. Sampai la kat area menara yang menghadap ke hutan tu, kami naik terus ke tingkat yang ke-3. Haa sejuk sikit kat situ. Cantik sangat pemandangan dari atas tu. Ingat nak duduk sekejap je. Rupanya nak berkampung terus kat situ. Huhu. Perbualan diteruskan sambil menikmati pemandangan disitu. Dia kata aku ni suka sangat bercakap and banyak soal ! WHAT ? haha. Fyi, that's the way I am. And I love to be myself ! Hehe. Sampai dah tak ada benda nak ditanya baru aku diam. Dah aku diam dia pula yang tanya 'Dah habis dah soalan you ?'. Amboi ! Perli ye. Takpe takpe. Lebih kurang pukul 5 kami turun dari menara dan berjalan menuju ke jeti. Sampai je kat jeti tak lah ramai sangat orang. Tapi bila bot sampai je penuh la jeti tu. Semua serbu. Tak boleh jadi. Ni nak kena beratur ni. Kalau tak mahu esok pun belum tentu dapat balik. Huhu. Aku sempat snap gambar dia. Bukan apa..sekadar kenangan. Siapa tahu ini kali terakhir kami berjumpa ke kan ? Dia larang juga and cuba elak. Tapi tak pula dia minta aku delete gambar tu. Pada awalnya aku beratur disisinya, tapi tiba-tiba aku rasa pening. Jadi aku bergerak ke tepi untuk bersandar. Dia masih tidak mengetahui keadaan aku masa tu. Adakalanya pandangan bertaut. Masing-masing hanya tersenyum bila itu berlaku. Kepala aku terasa semakin ringan dan ya dia perlu tahu. Kami sampai ke seberang lebih kurang pukul 6 petang. Kami terus menuju ke tempat letak kereta. Aku cuba kawal diri aku sebaik mungkin kerana tidak mungkin aku dapat memandu dengan baik dalam keadaan begitu. Setelah minum sedikit air, aku rasa lega. Alhamdulillah. Aku segera memandu pulang untuk menghantarnya. Berpisah ? Oh hati ini berat rasanya untuk membiarkan itu berlaku tapi apa kan daya.
*Ada sesuatu tentang tingkah laku dan tutur katanya yang membuat aku terus berfikir sehingga kini kerana semuanya seperti mempunyai maksud tersendiri. Seperti ada sesuatu yang terbuku dihatinya. Whatever it is.. I will always love you ! <3